Ramai orang keliru apakah dia takdir dan apakah dia jodoh. Ramai juga
yang berfikir jodoh kita telah ditentukan sejak azali lagi. "Jadi kalau
ada jodoh adalah, kalau takda jodoh takdalah. Itu semua ketentuan Tuhan
dalam takdirnya". Ada betul juga pernyataan ini. Jadi, jika semuanya
telah ditentukan. Apa perlunya kita berusaha? Duduk rumah boleh dapat
jodoh bukan?
Mari kita kupas, apakah maksud
takdir terlebih dahulu. Takdir adalah berasal daripada perkataan kadar.
Takdir adalah satu perkadaran yang ditentukan. Contohnya, perjalanan
planet-planet adalah mengikut laluan yang ditentukan. Keseluruhan isi
alam ini bergerak mengikut perkadaran yang telah ditentukan. Jika alam
ini melanggar perkadarannya sendiri, maka kucar kacirlah alam ini.
Setiap benda yang bergerak di dalam alam ini termasuk manusia dan haiwan
adalah mengikut perkadarannya sendiri. Apakah
itu jodoh? Jodoh adalah keserasian. Jika sesuatu pasangan itu serasi,
maka kekal lah jodoh itu, jika tidak serasi, maka jodoh itu tidak akan
berkekalan. Apakah yang menyebabkan berlakunya keserasian itu? Sudah
tentu perkadaran manusia itu sendiri. Setiap manusia telah ditetapkan
perjalanan hidup mereka sendiri.
Dalam perjalanan hidup inilah manusia
akan bertemu dengan jodoh mereka. Dan jika jodoh mereka ini mempunyai
perkadaran yang sama maka berlakulah keserasian. Bagaimana
pula dengan kahwin paksa atau pun jodoh yang dirancang? Kita ibaratkan
kahwin paksa ini sebagai memasukkan belon ke dalam air di dalam sebuah
baldi, dan kita tutup baldi itu dengan penutup. Jika penutup itu kuat,
maka belon itu akan kekal di dalam air.
Tetapi, jika tenaga belon itu
lebih kuat, maka belon itu akan terkeluar daripada air tersebut. Ini
bergantung kepada faktor luaran juga, dimana ada unsur lain yang
membantu belon itu terkeluar dari baldi air. Daripada
analogi ini kita simpulkan bahawa, takdir belon itu sebenarnya terapung
di atas air, kerana sifatnya yang tidak boleh bercampur dengan air.
Walaubagaimanapun ada unsur luaran yang boleh mengubah takdir belon
tersebut untuk tenggelam di dalam air. Inilah yang dikatakan perkahwinan
dari luar nampak bahagia, tapi pada hakikatnya menderita.
Walaubagaimanapun,
kita tidak boleh samakan manusia dengan belon, manusia boleh berubah.
Ingat lagi teori evolusi? Teori ini kelihatan melanggar akidah agama
tertentu, tapi jika dikaji terlebih mendalam, manusia zaman prasejarah
memang tidak sama dengan manusia zaman kini. Genetik manusia telah
berubah mengikut kesesuaian zaman.
Manusia zaman kini lebih bijak dan
lebih tabah jika dibandingkan zaman dahulu yang penuh dengan peperangan
dan permusuhan. Tetapi, ini bergantung kepada manusia itu sendiri jika
ia mahu berubah atau tidak. Jika, ia menerima hakikat bahawa pasangannya
yang dipaksa kahwin itu sebagai jodohnya, dan ia redha dengan ketentuan
itu, maka ia akan bahagia. Inilah kelebihan manusia, mereka ada kuasa
memilih iaitu akal. Berbeza sangat dengan makhluk lain yang hanya
mengikut sahaja perkadaran yang telah ditentukan.
Cinta Itu Abstract
Isnin, 7 April 2014
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan