Strategi Pertama : Majukan Diri Anda.
Lihat keadaan diri anda. Adakah baju
anda selekeh? Adakah muka anda bersih? Adakah badan anda tegap? Adakah
anda selalu memakai selipar. Walaupun cinta itu buta, anda boleh memikat
si Dia dengan lebih laju jika anda
- Mempunyai personaliti yang menarik.
- Nampak segak dan tegap.
- Penampilan yang bersih.
- Smart dan wangi.
- Bijak bermain kata-kata.
Anda perlu ubah diri anda. Jadikan diri
anda lebih baik dari dahulu. Pergi ke gym untuk workout badan anda.
Jadilah lelaki sejati dengan memiliki tubuh yang menawan, badan anda pun
sihat.
Sosialkan sedikit diri anda. Jika anda
seorang pendiam, cuba berkenalan dengan beberapa orang dan rapatkan diri
dengan mereka. Anda tidak boleh kata tidak, anda perlu fikir anda
terpaksa lakukannya. Sosial tidak bermakna anda perlu melakukan perkara negatif seperti bergaul lekaki dan perempuan atau pergi ke kelab malam.
Sosial
yang maksudkan adalah bergaul dengan masyarakat. Jika anda baru di
satu-satu kawasan, pergi ke surau atau masjid. Mula berkenalan dengan
penduduk setempat. Mempunyai kenalan akan memberi keberanian kepada anda
untuk berkata-kata dan satu personaliti yang menarik. Anda pun akan
lebih berani untuk berkata-kata dengan si dia nanti.
Majukan diri anda, bersosial dengan
masyarakat dan jadi seorang yang ceria. Anda juga perlu sentiasa belajar
perkara baru dalam hidup anda. Katakan Si Dia minat memanah, apa lagi
tunggu? belajar memanah dan pikat si dia. Selain itu anda juga boleh
belajar apa sahaja yang anda tidak tahu supaya anda akan jadi lebih
bijak. Walaupun anda tidak handsome, si Dia mungkin terpikat dengan
kebijaksanaan anda.
Strategi Kedua : Ambil Masa Dan Selalu Berfikir.
Jangan gelojoh! Anda perlu tenang untuk
memikat gadis terutamanya si dia. Percaya pada kata hati anda,
perhatikan apa yang gadis idaman anda suka dan apa yang beliau tidak
suka. Jika si dia tidak suka orang yang merokok, anda janganlah merokok.
Memang cinta itu buta, namun, anda dapat
pikat si dia dengan lebih mudah jika karakter yang ada di dalam diri
anda di sukai olehnya. Selalu berfikir sebelum bertindak. Contohnya,
jika si dia selalu berbual-bual dengan lelaki lain, anda jangalah
terburu-buru menganggap si dia tidak suka akan anda.
‘ Be a man, not a loser’
Siasat apa yang di gemarinya, apa yang
tidak di gemarinya. Anda perlu bijak. Jika kawan si dia suka shopping,
si dia mungkin juga suka akan shopping. Namun, perkara paling mudah
sekali untuk mengetahui perkara yang si dia suka adalah tanya pada
beliau sendiri.
Strategi Ketiga : Jadi Seorang Yang Yakin, Bukannya Seorang Yang Terdesak.
Ingat! Jangan terlalu terdesak untuk
memenangi hati si dia. Anda perlu yakin dengan strategi anda. Cara anda
pandang, cara anda berjalan, cara anda bercakap, cara anda bertindak,
semuanya perlu di lakukan dengan yakin.
Anda jangan tunduk kepala dan menjadi
seorang yang malu. Anda perlu yakin. Keyakinan akan menarik hati si dia
kerana perempuan sangat suka berdamping dengan seseorang yang dapat
memberi perasaan selamat dalam dirinya.
Jika anda yakin, si dia akan rasa
selamat untuk berdamping dengan anda. Jangan tunjukkan diri anda
terdesak untuk membuktikan sesuatu perkara. Contohnya, jika si dia
meminati lelaki yang suka bersukan, anda tidak perlu memaksa diri untuk
mahir dalam sukan.
Anda perlu yakin apa yang anda rasa anda mampu lakukan. Keyakinan akan menutup segalam kelemahan yang anda ada.
Strategi Keempat : Sentiasa Menenangkan Hati Si Dia.
Sentiasa buat si dia selesa untuk
bersama dengan anda. Dalam proses memikat, anda perlu pastikan si dia
selesa bersama dengan anda. Kata-kata anda janganlah menyinggung
perasaannya, tindakan anda juga janganlah memalukan si dia.
Untuk hidup bahagia, anda perlu ubah
diri anda menjadi seseorang yang akan memberi ketenangan pada si dia.
Anda perlu hormat dia sebagai wanita dan layan beliau sebagai seorang
manusia. Manusia mahukan kasih sayang dan perhatian terutama dari orang
yang di kasihi jika si dia sudah mula selesa dan meminati anda.
Jaga lenggok bahasa tetapi jadi diri
sendiri. Perempuan yang baik selalunya akan menggunakan kata diri saya.
Bagi anda yang kasar, anda mungkin sentiasa menggunakan kata diri aku.
Anda tidak perlu ubah tetapi jaga perbualan anda supaya sentiasa memberi
keselesaan pada si dia.
Strategi Kelima : Pastikan Hidup Anda Tersusun.
Susun hidup anda. Pagi, mungkin anda
akan bersenam untuk menyihatkan badan. Kemudian, anda mungkin akan pergi
kerja atau ke kelas untuk belajar. Pada petangnya, mungkin anda
menguruskan kehidupan anda.
Tidak kira apa jadual hidup anda, yang
penting, hidup anda perlu tersusun. Pakaian dan penampilan haruslah
tersusun. Hidup anda yang tersusun akan memberi anda ketenangan untuk
memikat si dia. Anda tidak boleh menyarung baju yang dua tiga hari tidak
di basuh untuk berjumpa dengan si dia.
Hidup yang tersusun akan menjadikan anda
seorang yang lebih menarik untuk di minati oleh si dia. Jika anda agama
Islam, susun kehidupan supaya sentiasa menunaikan kewajipan yang di
tuntut oleh agama.
Strategi Keenam : Sentiasa Memberi Kejutan.
Beri kejutan kepada si dia. Ucapkan hari
jadi pada hari kelahirannya. Sentiasa menolong si dia jika si dia ada
masalah. Lakukan apa sahaja yang boleh menggembirakan si dia dan
seterusnya terpikat dengan anda.
Katakan si dia adalah pelajar tahun
akhir dan sibuk dengan projek tahun akhir, anda perlu ambil berat dan
beri kejutan kepada si dia. Antara kejutan yang boleh anda beri adalah
- Membantu beliau menyiapkan projek tahun akhir.
- Memberi semangat ketika beliau sedang putus asa.
- Mengajak si dia untuk keluar dan menenangkan fikiran.
Strategi Ketujuh : Serius Dalam Tindakan.
Strategi ketujuh adalah pelengkap kepada
teknik memikat si dia. Anda perlu serius jika anda ingin memikat si
dia. Dengan hanya berharap untuk di sukai dan tiada usaha, ia tidak akan
berkesan. Ke enam-enam strategi di atas, anda perlu serius untuk
praktikkan.
Anda perlu serius untuk bertindak. Anda
perlu serius ketika hendak menghampiri si dia. Serius! Serius! Serius!
Jangan main-main. Ketika anda membaca strategi ini, pastikan anda
serius. Tanamkan keazaman dalam diri anda.
Penutup
Setiap insan di bumi akan ada jodoh
walaupun anda rasa anda hodoh atau cantik. Janganlah menilai seseorang
itu secara luaran sahaja. Sedang anda berusaha memikat si dia, janganlah
lupa pada kuasa yang esa iaitu Allah S.W.T.
Sentiasa minta petunjuk dari-Nya.
InsyaAllah semua usaha anda akan berbalas. Kadang-kadang sedang anda
mengejar kebahagian di dunia, anda perlu tahu bila ingin berhenti. Jika
si dia sudah bertunang atau berkahwin, janganlah anda bersungguh-sungguh
memikatnya kerana dia sudah menjadi hak orang lain.
0 ulasan:
Catat Ulasan