Cinta Itu Abstract

Khamis, 8 November 2012

Antara Cinta Dan Benci

Benci adalah antithesis kepada cinta. Mengikut kajian saintis, perasaan benci boleh merosakkan sistem hormon badan, merendahkan sistem imunisasi tubuh serta meningkatkan risiko kepada pelbagai penyakit. Ada orang rajin menjaga kesihatan, memakan makanan seimbang dan melakukan senaman, tetapi tetap terkena penyakit. Selain masalah genetik dan pencemaran alam, ini mungkin kerana jiwanya tidak tenang dan penuh dengan perasaan benci.

Banyak jenayah seperti pembunuhan, rogol, penderaan, buang bayi dan sebagainya adalah bermula daripada perasaan benci. Benci boleh merosakkan sistem saraf dan kimia otak hingga menyebabkan kita boleh bertindak secara tidak waras. Orang yang dilahirkan dalam keluarga yang kucar kacir berkecenderungan untuk memiliki sifat benci. Sifat ini dipelajari daripada ibu bapa mereka dan ianya telah menjadi tabiat dalam diri anak itu. Bagi mereka perasaan benci itu adalah perkara biasa dan mereka terdorong melakukan jenayah.

Apakah itu benci? Benci adalah hilangnya perasaan cinta atau suka kepada sesuatu atau seseorang. Benci hadir apabila sesuatu itu tidak lagi mendatangkan faedah kepada dirinya malah mendatangkan kemudharatan pula. Benci jika tidak dikawal boleh menghasilkan dendam. Dendam, jika tidak dikawal boleh menghasilkan penderaan dan pembunuhan.

Benci terhasil daripada ego kita yang gagal menerima sesuatu hakikat. Ini kerana kita lebih mementingkan nilai kebendaan dan pengharapan kepada sesuatu. Jika ianya gagal memenuhi apa yang diharapkan, maka timbullah rasa benci.

Perasaan benci juga diterapkan melalui sistem pendidikan yang bersifat menilai dan menghukum sesuatu atau seseorang melalui penilaian luaran tanpa mengambil realiti sebenar sesuatu kejadian. Contohnya, menghukum seorang pencuri sebagai penjahat yang perlu dibenci, sedangkan pencuri tersebut mungkin terdesak kerana kelaparan.

Sikap yang suka menghukum ini menyebabkan rasionalisasi otak kita gagal berfungsi dengan sempurna lalu menghasilkan individu yang cepat melatah dan lebih teruk lagi lahirlah masyarakat yang kucar kacir, penuh dengan perjudis atau buruk sangka.

Media massa juga banyak memainkan peranan dalam menanam budaya benci. Hari ini kita banyak dihiburkan oleh drama-drama yang bertemakan kebencian dan dendam. Walaupun drama-drama ini bermatlamat untuk memberikan pengajaran terhadap akibat daripada sifat buruk tersebut, ianya boleh mengganggu sistem hormon ketika menontonnya. Ini termasuklah rancangan tv yang kononnya berbentuk informasi dan hiburan tetapi lebih berkecenderungan memaparkan keburukkan individu-individu tertentu untuk dibenci oleh masyarakat.

Untuk menghilangkan benci, kita perlu menerapkan budaya cinta dan sayang. Jika kita cinta dan sayang kepada diri kita, ibu bapa, keluarga dan masyarakat, kita tidak akan melakukan perkara yang boleh merosakkan diri kita dan masyarakat. Jika kita cinta kepada pasangan kita, sudah tentu kita tidak akan mendera atau menyakitinya dan bertanggungjawab dalam apa jua yang kita lakukan.

Cinta terhasil daripada perasaan ikhlas untuk memberi dan tidak mengharapkan balasan kebendaan daripada setiap apa yang kita beri. Setiap apa yang kita lakukan adalah atas dasar memberi kebaikkan kepada diri dan orang sekeliling kita. Perasaan cinta meningkatkan sensitiviti kepada keperluan orang sekeliling kita dan segala tindak tanduk kita akan mengambil kira impak kepada persekitaran kita. Secara rumusannya, perasaan cinta akan mematangkan kita.

Budaya cinta dan sayang semakin pudar dalam masyarakat kita. Budaya benci pula yang kian meningkat. Ini adalah kesan daripada nilai kebendaan yang kian menguasai jiwa kita. Pada hari ini, kita lebih kepada mengejar kemewahan hidup dan mencari wang yang banyak, tanpa kita sedari, anak kita di rumah tiada siapa yang memberi kasih sayang. Tiada siapa yang menghargai mereka. Nak mengharapkan kasih sayang daripada pembantu rumah? Banyak pula pembantu rumah yang melakukan penderaan. Maka, lahirlah individu-individu yang tidak seimbang, yang tidak mempunyai perasaan seperti manusia biasa.

Harus diingatkan di sini, jatuh bangun sesuatu bangsa itu bergantung kepada sistem kekeluargaannya. Jika sistem kekeluargaannya pincang, maka pincanglah bangsa itu, maka bermulalah zaman kejatuhannya.

Demi mengejar high income nation menjelang 2020 ini, kita terlupa budaya kasih sayang yang perlu diterapkan. Apa gunanya pendapatan tinggi kalau generasi yang akan datang bakal memusnahkannya. Fikir-fikirkan lah.

Salah satu tips untuk menghilangkan perasaan benci adalah dengan meminum air limau nipis tanpa gula. Ini kerana rasa masam limau tersebut boleh mengubati liver (hati) anda yang rosak akibat pencemaran alam, makanan berkolesterol tinggi dan bertoksik. Menurut perubatan cina, liver adalah berkaitan dengan kemarahan. Jadi , dengan memperbaiki liver, kita akan hilang rasa marah, secara automatik kita akan mudah memaafkan orang, maka hilanglah rasa benci.

Menurut pakar pemakanan, buah limau juga boleh membantu menghasilkan GABA (gamma-Aminobutyric acid) di dalam otak kita. GABA berfungsi mengawal daya ransangan neuron di dalam sistem saraf otak supaya kita lebih tenang dan sabar. Kekurangan GABA di dalam otak menyebabkan tumpuan kita terjejas, mudah bimbang, dan cepat marah. 

Mengawal Nafsu Seks

Apabila kita mengorat awek, kita sering tercari-cari awek yang cantik, sexy dan menarik pada pandangan nafsu seks kita. Sehingga kita terlupa bahawa kita sebenarnya sedang mencari awek yang bakal melahirkan zuriat kita. Walaupun kita berniat  untuk sekadar berkawan atau nak suka-suka sahaja, kita terlupa bahawa kita mungkin akan terjatuh cinta padanya dan akhirnya akan berkahwin dengannya.

Nafsu seks adalah penting bagi melahirkan zuriat, ia perlu disalurkan kepada perkara-perkaara yang positif dalam perhubungan suami isteri. Nafsu seks juga boleh membantu memotivasikan kita untuk menghadapi kehidupan ini. Walaubagaimanpun, nafsu seks yang terlalu tinggi boleh merosakkan kita. Ia boleh membutakan hati. Bak kata pepatah  ‘cinta itu buta’, tapi sebenarnya yang buta itu nafsu. Lebih sesuai digantikan dengan ‘nafsu itu buta’. Oleh kerana nafsu seks yang tinggi, kita boleh tersalah pillih awek, dan akhirnya kita yang kecewa.

Tidak dinafikan ramai manusia yang kecundang dengan nafsu seks, mereka terdorong untuk menjadi perogol, pencabul, melanggan pelacur atau terlibat dengan cyber seks, ketagihan video lucah, laman web lucah dan sebagainya. Jika anda terasa yang anda mempunyai nafsu seks yang tinggi, anda perlu berhati-hati dan mengambil pencegahan awal sebelum terus terlibat dalam kancah jenayah  yang lebih berat.
Ada banyak faktor yang menyebabkan nafsu seks kita menjadi tinggi.

1) Ketidakseimbangan hormon – Sekarang ini ada banyak ubat-ubatan boleh membantu mengurangkan nafsu seks, anda boleh berjumpa doktor pakar untuk konsultasi. Anda juga boleh menggunakan teknik reflexology kaki untuk perbaiki ketidakseimbangan hormon ini. Sila urut bahagian kelenjar testis, kelenjar pituitary, kelenjar tyroid dan kelenjar adrenal.
    
2) Ketidakseimbangan tenaga – Menurut perubatan cina, nafsu seks dikaitkan dengan buah pinggang, jika buah pinggang terlebih tenaga, nafsu seks akan menjadi kuat. Jadi untuk mengurangkannya amalkan makanan yang sejuk seperti  buah limau, ataupun tembikai.

3) Pemakanan – Kurangkan makan makanan yang pedas, berempah dan bahan kekacang. Amalkan makan sayur-sayuran dan buah-buahan. Makanan pedas dan masin boleh meningkatkan tenaga buah pinggang untuk merangsang hormon sex yang berlebihan.

4) Cakra dasar tersumbat – Untuk menyembuhkan cakra, boleh gunakan kristal seperti Hematite, Black Tourmaline, Onyx, Garnet, Smoky Quartz atau  Obsidian. Jika cakra dasar tersumbat, tenaga seks akan terkumpul di bahagian dasar, ini akan menjadikan kita ketagihan seks, jadi penggunaan kristal boleh membantu  menghilangkan ketagihan tersebut.

5) Persekitaran – Kurangkan pendedahan kepada bahan-bahan lucah dan banyakkan beribadat. Jika kita didedahkan dengan bahan lucah setiap hari, kita berkecenderungan untuk ketagih seks akibat faktor tabiat. Jadi kuasa minda penting untuk mengawal keadaan tersebut.  

6) Psychology – Ada juga yang mengurangkan tekanan atau menghilangkan kebosanan, dengan melayari web lucah. Cuba cari hobi lain yang lebih produktif seperti melakukan aktiviti sukan, sosial, ataupun beriadah.

7) Ransangan dari makhluk halus – Jika nafsu anda naik secara tiba-tiba tanpa rangsangan fizikal, ia mungkin dari makhluk halus. Kuatkan minda untuk menolak rangsangan ini tanpa menurut kehendaknya. Makhluk halus biasanya boleh mencantikkan pandangan anda menyebabkan anda menjadi obses kepada wanita. Dengan meningkatkan kesedaran bahawa anda sebenarnya di bawah pengaruh makhluk halus anda boleh menghilangkan obses ini dengan segera. 

Jika masih gagal, anda boleh menggunakan teknik air garam. Masukkan air ke dalam baldi sehingga separuh penuh. Masukkan 2 sudu garam batu ke dalam air. Duduk tegak dan rendam kaki anda sehingga paras buku lali. Berdoa pada Tuhan supaya anda disembuhkan dari sakit ketagihan seks dan berzikir selama 20 minit. Jika air itu bertukar menjadi panas atau bertukar menjadi hitam, memang benar anda di bawah pengaruh makhluk halus. 

Anda juga mungkin akan menguap, sendawa, terasa panas di mata atau telinga, terasa sakit di hujung jari atau kebas kaki. Simptom-simptom ini menunjukkan makluk halus itu sedang keluar dari badan anda. Jadi amalkan setiap hari sehingga simptom-simtom tersebut hilang. Pastikan anda membuang air itu ke parit setelah digunakan. Teknik ini juga anda boleh gunakan untuk penyakit-penyakit lain yang disyaki dari makhluk halus.

7 Tips Memikat Hati Wanita

Strategi Pertama : Majukan Diri Anda.

Lihat keadaan diri anda. Adakah baju anda selekeh? Adakah muka anda bersih? Adakah badan anda tegap? Adakah anda selalu memakai selipar. Walaupun cinta itu buta, anda boleh memikat si Dia dengan lebih laju jika anda
  • Mempunyai personaliti yang menarik.
  • Nampak segak dan tegap.
  • Penampilan yang bersih.
  • Smart dan wangi.
  • Bijak bermain kata-kata.
Anda perlu ubah diri anda. Jadikan diri anda lebih baik dari dahulu. Pergi ke gym untuk workout badan anda. Jadilah lelaki sejati dengan memiliki tubuh yang menawan, badan anda pun sihat.
Sosialkan sedikit diri anda. Jika anda seorang pendiam, cuba berkenalan dengan beberapa orang dan rapatkan diri dengan mereka. Anda tidak boleh kata tidak, anda perlu fikir anda terpaksa lakukannya. Sosial tidak bermakna anda perlu melakukan perkara negatif seperti bergaul lekaki dan perempuan atau pergi ke kelab malam.

Sosial yang maksudkan adalah bergaul dengan masyarakat. Jika anda baru di satu-satu kawasan, pergi ke surau atau masjid. Mula berkenalan dengan penduduk setempat. Mempunyai kenalan akan memberi keberanian kepada anda untuk berkata-kata dan satu personaliti yang menarik. Anda pun akan lebih berani untuk berkata-kata dengan si dia nanti.
Majukan diri anda, bersosial dengan masyarakat dan jadi seorang yang ceria. Anda juga perlu sentiasa belajar perkara baru dalam hidup anda. Katakan Si Dia minat memanah, apa lagi tunggu? belajar memanah dan pikat si dia. Selain itu anda juga boleh belajar apa sahaja yang anda tidak tahu supaya anda akan jadi lebih bijak. Walaupun anda tidak handsome, si Dia mungkin terpikat dengan kebijaksanaan anda.

Strategi Kedua : Ambil Masa Dan Selalu Berfikir.

Jangan gelojoh! Anda perlu tenang untuk memikat gadis terutamanya si dia. Percaya pada kata hati anda, perhatikan apa yang gadis idaman anda suka dan apa yang beliau tidak suka. Jika si dia tidak suka orang yang merokok, anda janganlah merokok.
Memang cinta itu buta, namun, anda dapat pikat si dia dengan lebih mudah jika karakter yang ada di dalam diri anda di sukai olehnya. Selalu berfikir sebelum bertindak. Contohnya, jika si dia selalu berbual-bual dengan lelaki lain, anda jangalah terburu-buru menganggap si dia tidak suka akan anda.

‘ Be a man, not a loser’

Siasat apa yang di gemarinya, apa yang tidak di gemarinya. Anda perlu bijak. Jika kawan si dia suka shopping, si dia mungkin juga suka akan shopping. Namun, perkara paling mudah sekali untuk mengetahui perkara yang si dia suka adalah tanya pada beliau sendiri.

Strategi Ketiga : Jadi Seorang Yang Yakin, Bukannya Seorang Yang Terdesak.
Ingat! Jangan terlalu terdesak untuk memenangi hati si dia. Anda perlu yakin dengan strategi anda. Cara anda pandang, cara anda berjalan, cara anda bercakap, cara anda bertindak, semuanya perlu di lakukan dengan yakin.
Anda jangan tunduk kepala dan menjadi seorang yang malu. Anda perlu yakin. Keyakinan akan menarik hati si dia kerana perempuan sangat suka berdamping dengan seseorang yang dapat memberi perasaan selamat dalam dirinya.
Jika anda yakin, si dia akan rasa selamat untuk berdamping dengan anda. Jangan tunjukkan diri anda terdesak untuk membuktikan sesuatu perkara. Contohnya, jika si dia meminati lelaki yang suka bersukan, anda tidak perlu memaksa diri untuk mahir dalam sukan.
Anda perlu yakin apa yang anda rasa anda mampu lakukan. Keyakinan akan menutup segalam kelemahan yang anda ada.



Strategi Keempat : Sentiasa Menenangkan Hati Si Dia.
Sentiasa buat si dia selesa untuk bersama dengan anda. Dalam proses memikat, anda perlu pastikan si dia selesa bersama dengan anda. Kata-kata anda janganlah menyinggung perasaannya, tindakan anda juga janganlah memalukan si dia.
Untuk hidup bahagia, anda perlu ubah diri anda menjadi seseorang yang akan memberi ketenangan pada si dia. Anda perlu hormat dia sebagai wanita dan layan beliau sebagai seorang manusia. Manusia mahukan kasih sayang dan perhatian terutama dari orang yang di kasihi jika si dia sudah mula selesa dan meminati anda.
Jaga lenggok bahasa tetapi jadi diri sendiri. Perempuan yang baik selalunya akan menggunakan kata diri saya. Bagi anda yang kasar, anda mungkin sentiasa menggunakan kata diri aku. Anda tidak perlu ubah tetapi jaga perbualan anda supaya sentiasa memberi keselesaan pada si dia.


Strategi Kelima : Pastikan Hidup Anda Tersusun.

Susun hidup anda. Pagi, mungkin anda akan bersenam untuk menyihatkan badan. Kemudian, anda mungkin akan pergi kerja atau ke kelas untuk belajar. Pada petangnya, mungkin anda menguruskan kehidupan anda.
Tidak kira apa jadual hidup anda, yang penting, hidup anda perlu tersusun. Pakaian dan penampilan haruslah tersusun. Hidup anda yang tersusun akan memberi anda ketenangan untuk memikat si dia. Anda tidak boleh menyarung baju yang dua tiga hari tidak di basuh untuk berjumpa dengan si dia.
Hidup yang tersusun akan menjadikan anda seorang yang lebih menarik untuk di minati oleh si dia. Jika anda agama Islam, susun kehidupan supaya sentiasa menunaikan kewajipan yang di tuntut oleh agama.




Strategi Keenam : Sentiasa Memberi Kejutan.

Beri kejutan kepada si dia. Ucapkan hari jadi pada hari kelahirannya. Sentiasa menolong si dia jika si dia ada masalah. Lakukan apa sahaja yang boleh menggembirakan si dia dan seterusnya terpikat dengan anda.
Katakan si dia adalah pelajar tahun akhir dan sibuk dengan projek tahun akhir, anda perlu ambil berat dan beri kejutan kepada si dia. Antara kejutan yang boleh anda beri adalah
  • Membantu beliau menyiapkan projek tahun akhir.
  • Memberi semangat ketika beliau sedang putus asa.
  • Mengajak si dia untuk keluar dan menenangkan fikiran.
Jadi seorang yang kreatif. Pikat si dia dengan aktiviti yang tidak di sangka-sangka oleh beliau.

Strategi Ketujuh : Serius Dalam Tindakan.

Strategi ketujuh adalah pelengkap kepada teknik memikat si dia. Anda perlu serius jika anda ingin memikat si dia. Dengan hanya berharap untuk di sukai dan tiada usaha, ia tidak akan berkesan. Ke enam-enam strategi di atas, anda perlu serius untuk praktikkan.
Anda perlu serius untuk bertindak. Anda perlu serius ketika hendak menghampiri si dia. Serius! Serius! Serius! Jangan main-main. Ketika anda membaca strategi ini, pastikan anda serius. Tanamkan keazaman dalam diri anda.

Penutup
Setiap insan di bumi akan ada jodoh walaupun anda rasa anda hodoh atau cantik. Janganlah menilai seseorang itu secara luaran sahaja. Sedang anda berusaha memikat si dia, janganlah lupa pada kuasa yang esa iaitu Allah S.W.T.
Sentiasa minta petunjuk dari-Nya. InsyaAllah semua usaha anda akan berbalas. Kadang-kadang sedang anda mengejar kebahagian di dunia, anda perlu tahu bila ingin berhenti. Jika si dia sudah bertunang atau berkahwin, janganlah anda bersungguh-sungguh memikatnya kerana dia sudah menjadi hak orang lain.